Forum [[ alternatif ]] IPTB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Sape bakal YDP tahun depan??
HAMAS...Dalam diam ada strategi...Terowong Bawah Tanah...Takbir...!!! Empty05.02.09 13:20 by socrates Admin

» Serangan israel keatas gaza!!!!
HAMAS...Dalam diam ada strategi...Terowong Bawah Tanah...Takbir...!!! Empty05.02.09 13:12 by socrates Admin

» relevenkah porum ni??
HAMAS...Dalam diam ada strategi...Terowong Bawah Tanah...Takbir...!!! Empty03.02.09 12:44 by socrates Admin

» Jangan silap guna perkataan "Masya Allah".
HAMAS...Dalam diam ada strategi...Terowong Bawah Tanah...Takbir...!!! Empty01.02.09 16:41 by awana87

» Nauzubillah...
HAMAS...Dalam diam ada strategi...Terowong Bawah Tanah...Takbir...!!! Empty01.02.09 16:34 by awana87

» Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam
HAMAS...Dalam diam ada strategi...Terowong Bawah Tanah...Takbir...!!! Empty31.01.09 17:15 by TOKCIK

» Islamic state...
HAMAS...Dalam diam ada strategi...Terowong Bawah Tanah...Takbir...!!! Empty31.01.09 16:39 by TOKCIK

» Asmara guru Pelatih
HAMAS...Dalam diam ada strategi...Terowong Bawah Tanah...Takbir...!!! Empty26.01.09 11:20 by mud_skipper

» HAMAS...Dalam diam ada strategi...Terowong Bawah Tanah...Takbir...!!!
HAMAS...Dalam diam ada strategi...Terowong Bawah Tanah...Takbir...!!! Empty25.01.09 11:22 by Tok Siak

April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Calendar Calendar

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 60 on 12.04.21 22:18
Social bookmarking

Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Forum [[ alternatif ]] IPTB on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum [[ alternatif ]] IPTB on your social bookmarking website


HAMAS...Dalam diam ada strategi...Terowong Bawah Tanah...Takbir...!!!

2 posters

Go down

HAMAS...Dalam diam ada strategi...Terowong Bawah Tanah...Takbir...!!! Empty HAMAS...Dalam diam ada strategi...Terowong Bawah Tanah...Takbir...!!!

Post by socrates Admin 16.01.09 9:33

Kubu rahsia Hamas


HAMAS...Dalam diam ada strategi...Terowong Bawah Tanah...Takbir...!!! Mainpix1

SEORANG rakyat Palestin turun ke pintu masuk satu terowong yang berada di sempadan Gaza-Mesir.


Selain Koridor Philadelphi yang dikesan Israel, ada ratusan lagi terowong yang berselirat antara Gaza dan Mesir


JIKA terowong menjadi nadi kehidupan kebanyakan warga
Semenanjung Gaza, bagi Hamas, terowong adalah paksi kekuatan
ketenteraannya.

Ini diakui Komander Israel bahawa pergerakan Islam masih
memiliki jumlah senjata yang besar dan mempunyai lebih 20,000 pejuang
terlatih yang mana mereka bergerak melalui terowong jauh di bawah
sempadan Mesir.








Terowong ini adalah kunci memastikan kuasa politik
dan ketenteraan Hamas yang bukan saja menjadikan mereka sasaran
serangan Israel malah menjadi isu utama dalam rundingan gencatan
senjata.


Selain sebuah terowong yang dikenali sebagai Koridor
Philadelphi yang sudah diketahui Israel, ada ratusan lagi terowong yang
berselirat antara Gaza dan Mesir.


Pengarah Pusat Pengajian Strategik Begin-Sadat Universiti
Bar-Ilan Israel, Prof Efraim Inbar, percaya kerajaan Israel
bertanggungjawab pada kewujudan pelbagai terowong ini.







HAMAS...Dalam diam ada strategi...Terowong Bawah Tanah...Takbir...!!! Mainpix2
Seseorang bercakap menggunakan telefon dengan seseorang lain di terowong.




“Israel tidak melihatnya sebagai serius pada awalnya. Malah tidak
menggunakan sumber dan wang yang ada untuk mengesan dan
menghentikannya. Masalah yang dihadapi Israel sekarang adalah mereka
perlu memusnahkan semua terowong ini dan memastikan ia tidak akan
dibina pada masa depan,” katanya,


Terowong yang berselirat di bawah tanah Semenanjung Gaza
memiliki sejarah yang panjang. Ia dibina bertahun dulu dengan pelbagai
kedalaman dan keluasan.


Terowong menjadi laluan pelbagai benda, daripada anak kambing
kepada roket. Malah, ada yang hanya dikhaskan untuk golongan kenamaan
dengan laluan yang lebih pendek.


Sebelum ini, Israel pernah menimbangkan untuk menangani
kewujudan terowong ini dengan menggali parit yang dipenuhi dengan air
laut. Justeru, setiap pengguna terowong berisiko untuk lemas.
Bagaimanapun, pelan itu tidak menjadi kerana ia boleh mendedahkan Gaza
pada keadaan bawah tanah yang rapuh.



HAMAS...Dalam diam ada strategi...Terowong Bawah Tanah...Takbir...!!! Mainpix3




Israel juga pernah meminta Amerika Syarikat membekalkan jurutera
tentera yang boleh membina dinding bawah tanah di sebelah Mesir
bersebelahan Koridor Philadelphi. Amerika Syarikat bersetuju pada
prinsipnya walaupun tidak jelas sama ada pihak Mesir memberikan
kebenaran.


Ketakutan Israel pada terowong di Gaza yang semakin banyak
dibuka semula amat jelas apabila mereka meminta pihak berkuasa
antarabangsa memantau gencatan senjata.


Malah, Israel cuba untuk memusnahkan jaringan bawah tanah ini
dengan bom jenis bunker-busting (bom yang boleh menembusi sasaran bawah
tanah) yang diperoleh dari Amerika Syarikat.


Nicholas Pelham, penganalisis dari Kumpulan Krisis
Antarabangsa berkata, penutupan terowong ini secara kekal adalah proses
utama dan berpanjangan.

“Tanpa memperoleh semua wilayah, sukar untuk menutup terowong ini dalam masa yang lama,” katanya.


Apa yang membuat Israel lebih bimbang apabila sayap bersenjata
Hamas, Briged Izz Al-Din Al-Qassam menggunakan terowong untuk persiapan
perang. Sayap itu dikatakan menghantar ribuan pejuang untuk berlatih di
Iran dan Lubnan melalui terowong, taktik yang digunakan secara berjaya
oleh Hizbollah bagi menentang Israel pada 2006.


Menurut seorang Komander Hamas, satu daripada pelajaran yang
dipelajari daripada terowong adalah ia mengurangkan risiko yang diambil
apabila menyerang balas.

“Jangan ledakan bom di situ, gali terowong dan gunakan wayar
peledak bagi membolehkan misil dilancarkan dari jauh. Jadi, Hamas hanya
akan kerugian tiub atau alatan menembak yang hanya berharga RM30.20 dan
bukan pejuang,” katanya.


Komander Islam Jihad, Abu Bilal yang beroperasi secara bebas
di Gaza, mengakui serangan roket secara psikologinya memusnahkan Israel
tetapi memiliki impak ketenteraan yang sedikit.


“Kami tidak boleh berbuat apa-apa selain serangan roket dan
harapan mereka memasuki Gaza. Kami berdoa supaya kereta kebal masuk ke
kawasan kami, semua pejuang akan menunggu peluang untuk membunuh
mereka,” katanya.


Rangkaian persenjataan Hamas termasuk misil Qassam yang
dihasilkan di Gaza dan roket tiruan Russia yang dihasilkan di China.
Semua itu diseludup melalui sempadan selain mortar, mesingan, bom,
pelancar roket dan pelbagai senjata perang lain yang diimprovisasi.

Hamas juga mewarisi stok senjata infantri Amerika Syarikat
dan amunisi yang ditinggalkan Pergerakan Fatah apabila pejuangnya
keluar dari Gaza pada 2007.


Hamas juga meningkatkan struktur ketenteraannya dengan lima
briged di bawah komander berbeza yang melapor kepada Ketua Izz Al-Din
Al-Qassam. Mereka juga dilatih bergerak dalam unit individu jika
keadaan memerlukan.


Selain itu, pejuang Hamas juga meningkatkan propaganda
melawan persenjataan Israel. Dengan wartawan yang dihalang memasuki
Palestin oleh tentera Israel, laman web Hamas - Pusat Maklumat Palestin
(PIC) adalah senjata utama bagi mendapatkan sumber berita. Ia
menyiarkan berita duka berikutan serangan Israel dan ikrar untuk
menyerang wilayah yang dikuasai Israel.


PIC juga memberi alamat web yang lain jika laman web itu
gagal dicapai. Ini kerana Israel sentiasa mencari jalan memusnahkan
Hamas termasuk mengganggu stesen TV Hamas, Al-Aqsa dengan menyelitkan
kartun menunjukkan pejuang Hamas diletupkan dengan nasihat 'anda tidak
akan berjaya'.


Info


Terowong Gaza



  • Ada lebih 750 terowong di bawah bumi Gaza dan satu daripadanya ditemui Israel dikenali sebagai Koridor Philadephi.


  • Terowong yang biasa untuk penyeludupan barangan
    pengguna panjangnya antara 800 hingga 1,400 meter dengan kedalaman
    antara 15 hingga 30 meter.


  • Pembinaan mengambil masa paling kurang enam.


  • Upah menggali RM480 sehari.


  • Dianggarkan 90 peratus produk yang memasuki Gaza
    setiap bulan bernilai RM128 juta dan semuanya dibawa melalui terowong
    melalui Mesir.

  • Jaringan bawah tanah ini juga sumber pendapatan dan senjata bagi pergerakan Hamas dengan bayaran RM8,880 untuk setiap terowong.


  • socrates Admin
    socrates Admin
    Guru Besar Sekolah
    Guru Besar Sekolah

    Posts : 193
    Join date : 2008-11-28
    Age : 38
    Location : Anywhere But Here...!

    https://iptb.forumotion.com

    Back to top Go down

    HAMAS...Dalam diam ada strategi...Terowong Bawah Tanah...Takbir...!!! Empty Re: HAMAS...Dalam diam ada strategi...Terowong Bawah Tanah...Takbir...!!!

    Post by Tok Siak 25.01.09 11:22

    fuhh...aku tgk youtube,ghupanya bdk2 ja yg gali tunnel2 tu...semangat betui...
    bila tanya sbb apa dia buat sedangkan tau bahaya,bdk tu jwb slamba badak ja:

    'saya buat kerana nk bantu hamas/fatah yg lain haapuskan zionis yahudi...duit perkara no.2'
    Tok Siak
    Tok Siak
    Guru Didiplin Sekolah
    Guru Didiplin Sekolah

    Posts : 47
    Join date : 2008-12-16

    Back to top Go down

    Back to top


     
    Permissions in this forum:
    You cannot reply to topics in this forum